Followers Elbow

Thursday, September 15

Pereka Bendera MALAYSIA ?

Mohamed Hamzah

Selama ini hanya memandang berdera Malaysia mesti mengigatkan tentang Hari Kemerdekaan atau pun lambang sebagai bendera negara kita yang dinamakan JALUR GEMILANG. Bak kata pepatah melayu seperti kacang melupakan kulitnya.

Tetapi pernahkah anda terfikir SIAPAKAH pereka yang mereka bendera negara kita yang menjadi simbol negara sehingga hari ini?.Dia ialah MOHAMED HAMZAH seorang bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor. Seorang yang berbakat dalam bidang lukisan dan minat yang mendalam sehingga sanggup menghabiskan berjam-jam untuk menyiapkan sesuatu lukisan.


Terciptanya pada tahun 1947

Jalur Gemilang mula dikenali apabila rekaan bendera yang dibuat oleh beliau telah memengangi pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.Beliau menghantar sebanyak 4 lakaran dan akhirnya salah satu dari lakaran beliau telah pun terpilih dan menjadi bendera rasmi negara kita pada hari ini.

Terima kasih kepada beliau mereka bendera MALAYSIA yang menjadi kebanggaan rakyat kita tak kira apa bangsa sekalipun.Justeru itu perhargaan atau pengiktirafan kepada beliau harus dianugerahkan sebagai tanda jasa beliau amat besar kepada negara.

Saya sebagai umat islam atau anda yang beragama islam sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamed Hamzah yang telah meninggal dunia pada 19 febuari 1993 pada usia 73 tahun.
AL-FATIHAH........



                                                                                                            sumber/fakta: Tanahairku Malaysia
                                                                                                            ayatkata-kata: AmerSyafeq                

54 years MALAYSIA  freedom and justice
I'm proud to be 'ANAK MALAYSIA!'
Happy Merdeka and Happy Malaysia Day.

No comments:

Post a Comment